Cari @ Amanz

Akhirnya, setelah dibolehkan untuk dimuat-turun melalui pelayan FTP sebelum ini, hari ini Mozilla secara rasminya telah pun melancarkan Firefox 9.0, yang mana sekaligus menjadi kemaskini Firefox versi stabil terakhir tahun ini, membawakan beberapa peningkatan bersama-sama dengannya.

Melalui Firefox 9, ia membawakan peningkatan dari segi prestasi JavaScript, integrasi yang lebi menyeluruh pada Mac OS X Lion, sokongan HTML5 dan juga CSS yang dipertingkatkan, serta lebih memfokuskan kepada pelbagai perkara berkaitan dengan kestabilan dan juga keselamatan.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun Firefox 9.0 terus daripada laman web rasmi mereka untuk platform Windows, Linux mahupun OS X.

Bersama-sama dengan pelancaran ini, Mozilla akan mula memfokuskan kepada Firefox 10 yang bakal memasuki saluran beta tidak lama lagi, dan juga Firefox 11 yang bakal memasuki saluran Aurora. Tahun hadapan juga mungkin kita akan dapat melihat Firefox dalam bahasa Malaysia turut sama dilancarkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd