Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan kemaskini untuk Firefox versi desktop, Mozilla turut sama melancarkan Firefox untuk Android yang mana membawakan pengalaman penggunaan pelayar web mudah-alih Firefox serba baru, serta dioptimasikan sepenuhnya untuk digunakan pada tablet.

Melalui Firefox untuk Android yang baru, ia dioptimasikan samada untuk digunakan secara melintang mahupun menegak, dengan fungsi tab yang mudah dikendalikan, dan dialihkan dari satu halaman ke yang lain. Pada masa yang sama, ia juga turut membawakan sokongan penuh Firefox Sync, membolehkan anda mengakses laman web sama seperti pada desktop anda dengan mudah dan pantas.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh Firefox untuk Android hari ini terus daripada Android Market, dan mula menggunakannya hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd