Cari @ Amanz

Salah satu sistem operasi popular untuk telefon mudah-alih dari dulu adalah Symbian. Namun melalui artikel terkini daripada Nokia, ia memperlihatkan Nokia telah pun menjenamakan semula Symbian kepada Nokia, sekaligus menjadikan nama Symbian Belle kini dikenali sebagai Nokia Belle.

Ia tidak diketahui sebab mengapakah penjenamaan ini dilakukan. Sebelum ini, Nokia turut sama telah menjenamakan Ovi kepada Nokia, berkemungkinan untuk mengukuhkan penjenamaan Nokia itu sendiri.

Selain daripada itu, Nokia turut sama mengumumkan yang mana pengguna sedia ada peranti Symbian, seperti Nokia N8, Nokia E7, Nokia E6, Nokia X7, Nokia C6-01, Nokia C7 akan mula menerima kemaskini Nokia Belle bermula daripada bulan Februari 2012 kelak.

Melalui kemaskini Nokia Belle, ia membawakan penambahan skrin utama, membolehkan pengguna menambah lebih banyak widget dan aplikasi, selain mana turut membawakan kemaskini antaramuka, prestasi dan banyak lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd