Peranti Xperia Akan Mula Menerima Android 4.0 Bermula Penghujung Mac Atau Awal April

Peranti Xperia Akan Mula Menerima Android 4.0 Bermula Penghujung Mac Atau Awal April

Diterbitkan pada Dis 22, 2011 oleh .

Kini, semua pengeluar telefon pintar Android sedang mengejar masa dalam membangunkan Android Ice Cream Sandwich untuk peranti-peranti mereka. Selepas Samsung mengumumkan sebelum ini, hari ini Sony Ericsson pula mengumumkan yang mana mereka akan mula memperkenalkan kemaskini Ice Cream Sandwich untuk peranti Xperia tahun ini bermula daripada penghujung Mac atau awal April 2012 kelak.

Kemaskini Ice Cream Sandwich dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat., dimana Xperia Arc S, Xperia Neo V dan juga Xperia Ray akan menjadi yang terawal menerima kemaskini seawal penghujung Mac atau awal April 2012 kelak. Selepas itu, Xperia Arc, Xperia PLAY, Xperia Neo, Xperia Mini, Xperia Mini Pro, Xperia Pro, Xperia Active dan juga Live with Walkman akan menerima kemaskini bermula penghujung April atau awal Mei kelak.

Dengan pengumuman awal seperti ini, semestinya ia akan melegakkan hari pengguna, selain pengguna baru akan membeli peranti keluaran mereka dengan lebih yakin lagi. Mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak pengeluar akan mengumumkan perkara sama dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN