Xperia Active – Telefon Pintar Yang Benar-Benar Tahan Lasak

Xperia Active – Telefon Pintar Yang Benar-Benar Tahan Lasak

Diterbitkan pada Dis 22, 2011 oleh .

Jikalau sebelum ini ia diperlihatkan Nokia Lumia 800 merupakan salah satu peranti yang tahan lasak, mungkin anda perlu membuat pilihan yang lebih tepat, dimana terkini, video ujian tahan lasak terhadap Xperia Active daripada Sony Ericsson dimuat-naik, dan diperlihatkan, menunjukkan betapa kuatnya Xperia Active, dan mampu bertahan pelbagai perkara dengan mudah.

Melalui video yang diperlihatkan, ia memperlihatkan Xperia Active membawakan skrin dan juga badan yang amat tahan lasak, mampu bertahan pelbagai hentakan, dan seperti semua sedia maklum, turut kalis air sepenuhnya.

Namun begitu, bagi kami sendiri, sekiranya Sony Ericsson mampu mengeluarkan peranti dengan saiz skrin lebih besar sedikit, dengan daya tahan umpama Xperia Active, semestinya ia bakal menjadi salah satu peranti yang menarik lebih ramai pengguna menggunakannya.


TIPS & ULASAN