Google Membayar Mozilla Lebih RM2.8 Billion Untuk Kerjasama Selama 3 Tahun

Google Membayar Mozilla Lebih RM2.8 Billion Untuk Kerjasama Selama 3 Tahun

Diterbitkan pada Dis 23, 2011 oleh .

Persaingan dalam industri pelayar web semakin sengit dari hari ke hari, bertambah-tambah lagi dengan penyertaan Google dalam industri pelayar web melalui Google Chrome. Namun, walaupun Chrome kini menjadi pelayar web kedua paling digunakan di dunia, Google masih lagi teruskan kerjasama bersama-sama dengan Mozilla, dan baru-baru ini telah memperbaharui perjanjian mereka.

Walaupun Mozilla mahupun Google tidak menyatakan berapakah jumlah pembayaran yang diterima, melalui laporan terbaru, ia diperkatakan Google membayar Mozilla hampir $300 juta (~RM953 juta) untuk setahun. Memandangkan sebelum ini Google telah memperbaharui perjanjian dengan Mozilla, memperkatakan tempoh kerjasama sekurang-kurangnya selama 3 tahun, maka jumlah pembayaran yang akan diterima oleh Mozilla selama 3 tahun tersebut adalah sekitar RM2.8 billion, atau $900 juta dengan lebih tepat lagi.

Seperti semua sedia maklum, kerjasama Google dan Mozilla sebelum-sebelum ini boleh dikatakan amat berjaya, dimana Google sendiri menduduki taktha pertama dalam dunia enjin carian. Selain daripada Google, Microsoft turut diperkatakan ingin menjadi penyedia enjin carian utama pada pelayar web Mozilla, namun ia seperti gagal untuk menarik minat Mozilla.

Mozilla sendiri akhir-akhir ini telah menjadikan latar masa pembangunan mereka lebih pantas, dimana pelayar web terbaru yang dikeluarkan oleh mereka adalah Firefox 9 untuk desktop dan juga Android (telefon pintar dan juga tablet), selain mana mereka dijangka akan memperkenalkan sokongan kemaskini automatik seumpama pada Chrome bermula daripada Firefox 11 kelak.


TIPS & ULASAN