Samsung Mengeluarkan Video Promosi SmartTV Untuk CES 2012

Samsung Mengeluarkan Video Promosi SmartTV Untuk CES 2012

Diterbitkan pada Dis 23, 2011 oleh .

Televisyen telah melalui pelbagai evolusi sejak lebih kurang 60 tahun yang lepas, dan kini, ia mula menerima perhatian kembali, dengan ramai pengeluar mula memfokuskan pada televisyen pintar, selain Google sendiri memfokuskan kepada GoogleTV, dan Apple yang diperkatakan akan mengeluarkan televisyen pintar mereka tersendiri, yang dikenali dengan iTV pada tahun 2013 kelak.

Dan Samsung, seperti semua sedia maklum, merupakan salah satu pengeluar televisyen pintar yang popular, melalui SmartTV mereka, kini dijangka bakal memperkenalkan sesuatu yang baru pada bulan Januari ini melalui acara Consumer Electronics Show 2012 (CES 2012).

Apakah yang bakal dibawakan masih lagi menjadi tanda tanya. Dan apa yang dapat dilihat adalah dimana pada penghujung video promosi yang diperlihatkan oleh Samsung untuk SmartTV ini, mereka menunjukkan sebuah keluarga yang asyik bermain dengan peranti pintar mereka (anak dengan tablet, dan ibu dengan telefon pintar).

Jadi, apakah integrasi teknologi baru yang bakal diperkenalkan oleh Samsung melalui SmartTV kelak?


TIPS & ULASAN