Cari @ Amanz

Salah satu produk popular daripada Western Digital selain daripada cakera keras mereka adalah WD TV, yang mana merupakan peranti khas untuk para pengguna, membolehkan ianya disambungkan pada televisyen dan memainkan video, imej, audio dan sebagainya dengan mudah, menggunakan kabel komposit video asas yang didatangkan bersama-sama kebanyakkan televisyen pada hari ini.

Bertambah menariknya, dengan peranti-peranti pintar yang semakin meningkat popular dari hari ke hari, kini Western Digital turut sama mengumumkan pelancaran aplikasi khas untuk pengguna peranti iOS, iaitu WD TV Remote, membolehkan anda mengawal WD TV dengan mudah menggunakan peranti pintar anda. Western Digital juga turut sama mengumumkan yang mana mereka bakal memperkenalkan versi Android dalam masa terdekat ini.

Bagi para pengguna yang berminat, mereka boleh memuat-turun WD TV ini terus daripada AppStore secara percuma hari ini, dan menguruskan kawalan WD TV anda dengan lebih mudah lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd