Cari @ Amanz

Dalam usaha untuk membawakan rangkaian telekomunikasi dan data yang lebih pantas, kini DiGi telah pun memulakan aktiviti menaik-taraf perkhidmatan dan rangkaian mereka, dimana bermula daripada bulan Disember 2011, dan diteruskan sepanjang tahun 2012, DiGi akan menaik-taraf kesemua rangkaian mereka, dengan purata 400 tapak dinaik-taraf setiap bulan.

Melalui penaik-tarafan ini, DiGi bakal menjadi antara yang terawal memperkenalkan rangkaian LTE di Malaysia. Melalui kemaskini ini, DiGi bukan sahaja akan mula memperkenalkan rangkaian LTE secara berperingkat, tetapi turut sama membolehkan rangkaian mereka meliputi lebih 95% kawasan di Malaysia dengan rangkaian internet berkelajuan tinggi (EDGE dan 3G).

Selain daripada itu, melalui kemaskini ini, DiGi juga turut sama dijangka memperkenalkan rangkaian yang lebih stabil dengan kelajuan yang lebih konsisten, serta menerapkan teknologi hijau pada rangkaian mereka.

Dalam memudahkan para pengguna mengetahui proses penaik-tarafan, DiGi turut sama menyediakan jadual penaik-tarafan membolehkan pengguna mengetahui kawasan manakah yang akan dikemaskini.

Mungkin kita akan dapat melihat pelbagai penyedia rangkaian lain turut sama mengemaskini rangkaian mereka secara berperingkat sepanjang tahun hadapan.

Kredit : MalaysianWireless.

Oleh: Fairuz Bakar

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd