Carian
Hasbro Menyaman ASUS Atas Penggunaan Nama Transformer Prime
December 23, 2011 Aman

Asus baru-baru ini telah pun memperkenalkan tablet terbaru daripada mereka, kemaskini untuk keluarga Asus Eee Pad Transformer, iaitu Transformer Prime yang mana membawakan cip pemprosesan empat-teras bersama-sama dengannya, dan diperkatakan akan dilancarkan di Malaysia sekitar awal tahun hadapan. Namun begitu, penggunaan nama yang lebih kurang permainan keluaran Hasbro, membuatkan Hasbro menyaman pihak Asus disebabkannya.

Walaupun ianya masih lagi jauh berbeza antara tablet keluaran Asus dan juga robot daripada Hasbro, ia masih lagi melanggar hak cipta, memandangkan pihak Hasbro telah pun memohon hak cipta atas nama Transformers Prime, iaitu salah satu siri animasi pada tahun 2010, yang mana akan membolehkan pihak Hasbro menggunakan jenama tersebut pada permainan, animasi dan sebagainya. Mengikut data, ia telah dipohon oleh Hasbro pada bulan April 2010 yang lepas.

Melalui Asus pula, mereka menggunakan nama Transformer disebabkan kebolehan tablet daripada Asus itu yang boleh diubah kepada sebuah netbook dengan mudah, selain pada masa yang sama menambah jangka masa bateri padanya serta membawakan beberapa ciri tambahan bersama-sama dengannya.

Perkara ini masih lagi pada peringkat awal, dan baru sahaja difailkan ke mahkamah. Sekiranya Hasbro memenanginya, mungkin kita akan dapat melihat Asus mengubah penjenamaan sebelum mula menjualnya kepada umum.

Terima kasih Airie Zahkuan

Komen