Permainan Angry Birds Diperkenalkan Secara Rasmi Untuk BlackBerry PlayBook

Permainan Angry Birds Diperkenalkan Secara Rasmi Untuk BlackBerry PlayBook

Diterbitkan pada Dis 23, 2011 oleh .

Permainan mudah-alih keluaran Rovio, iaitu Angry Birds merupakan salah satu permainan paling popular didunia, membolehkan hampir setiap pengguna peranti mudah-alih mengetahui mengenainya. Dan dalam usaha untuk membolehkan semua pengguna tablet dan juga peranti mudah-alih memainkan permainan tersebut, kini Rovio turut sama melancarkan Angry Birds untuk para pengguna BlackBerry PlayBook.

Sehingga kini, peranti BlackBerry tidak menerima sebarang permainan Angry Birds daripada Rovio, berkemungkinan kerana kebanyakkan peranti BlackBerry masih bergantung pada papan kekunci QWERTY, sebaliknya Angry Birds memerlukan pengguna menggunakan skrin sentuh untuk mengawalnya.

Namun, dengan PlayBook ia bukan menjadi salah satu masalah, membolehkan Rovio memperkenalkannya kepada para pengguna PlayBook, dan mungkin akan turut membolehkan peranti QNX yang menggunakan sistem seumpama PlayBook menggunakannya pada masa akan datang.

Walaubagaimanapun, berbeza dengan Angry Birds yang ditawarkan secara percuma pada Android, untuk para pengguna BlackBerry PlayBook, ia ditawarkan pada harga US$4.99 melalui BlackBerry AppWorld, dan bagi mereka yang ingin hanya menggunakan versi ringan dengan pelbagai perkara terhad, mereka boleh turut sama memuat-turunnya secara percuma melalui BlackBerry AppWorld.

Terima kasih Syazwan


TIPS & ULASAN