Firefox UX Membolehkan Para Pengguna Menguji Rekabentuk Antaramuka Pelayar Web Yang Baru

Firefox UX Membolehkan Para Pengguna Menguji Rekabentuk Antaramuka Pelayar Web Yang Baru

Diterbitkan pada Dis 24, 2011 oleh .

Mozilla pada tahun ini, telah pun memulakan konsep pembangunan baru, dimana mereka mengeluarkan versi baru setiap enam minggu, dimana pada sesuatu masa, sebanyak tiga versi berbeza dibangunkan serentak, iaitu Beta, Aurora dan juga Nightly. Kini, ia turut ditambah dengan salah satu versi baru dikenali sebagai UX.

Melalui Firefox UX, para pengguna boleh menguji rekabentuk antaramuka baru yang bakal diperkenalkan oleh pihak Mozilla tidak lama lagi, iaitu melalui Firefox 12. Sebelum ini, beberapa paparan antaramuka telah pun diperlihatkan, menunjukkan konsep antaramuka yang bakal dibawakan oleh pihak Mozilla melalui pelayar web Firefox mereka.

Antara perkara yang kami dapat lihat melalui penggunaan Firefox 12 UX yang masih pada peringkat pra-alpha, ia menunjukkan perubahan pada halaman tab, membawakan beberapa thumbnail padanya, sekaligus memberikan anda akses pantas, seumpama fungsi Speed Dial pada Opera.

Selain daripada itu, Firefox 12 UX juga turut sama membawakan sokongan widget muat-turun terbina, dimana ia kini diperlihatkan dibahagian atas pada penghujung kanan pelayar web, membolehkan para pengguna melihat masa muat-turun yang tinggal, ataupun meletakkan tetikus diatasnya untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas lagi.

Memandangkan ia masih pada peringkat awal pembangunan, pelbagai fungsi dan perubahan antaramuka yang bakal dibawakan oleh mereka dari hari ke hari, dan bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Firefox 12 UX terus daripada pelayan FTP Mozilla hari ini, dan mula menguji antaramuka baru daripada pihak Mozilla untuk Firefox.


TIPS & ULASAN