Lenovo IdeaPad A1 Bakal Mula Dijual Di Malaysia Bermula Januari 2012

Lenovo IdeaPad A1 Bakal Mula Dijual Di Malaysia Bermula Januari 2012

Diterbitkan pada Dis 24, 2011 oleh .

Sepanjang tahun ini, kita dapat melihat pelbagai jenama tablet dilancarkan, dan perkara ini dijangka berterusan pada tahun hadapan, selain daripada ultrabook yang mana turut sama mendapat perhatian pengeluar dan pembangun laptop. Salah satu tablet yang bakal mula dijual di Malaysia pada bulan Januari kelak adalah keluaran Lenovo, iaitu IdeaPad Tablet A1.

Melalui Lenovo IdeaPad A1, ia membawakan skrin seluas 7-inci dengan resolusi 1024×600, menggunakan cip pemprosesan 1GHz, dan dijana menggunakan Android 2.3 padanya. Lenovo mengatakan tablet ini mempunyai jangka masa bertahan selama 5 jam dengan kuasa bateri (7 jam sekiranya digunakan hanya untuk melayar web), serta menariknya ia turut didatangkan dengan sokongan GPS secara luar-talian.

Harga jualan peranti ini juga amat berpatutan, dimana ia akan mula dijual bermula Januari 2012 ini melalui pengedar rasmi Lenovo seluruh negara, para harga bermula RM799.


TIPS & ULASAN