Selain daripada Samsung Galaxy Nexus, Samsung Malaysia juga turut sama mensasarkan untuk melancarkan tablet mereka yang dinantikan ramai, iaitu Galaxy Tab 7.7 pada bulan Januari kelak. Namun begitu, harga jualan dan tarikh pasti pelancarannya masih lagi belum diketahui buat masa ini.
Spesifikasi
Seperti pada namanya, Galaxy Tab 7.7 membawakan skrin bersaiz 7.7-inci Super AMOLED Plus dengan resolusi skrin sebesar 1280×800 pixel, lebih besar lagi berbanding dengan Galaxy Tab 7.0 Plus yang dilancarkan baru-baru ini. Ia juga turut sama dijana oleh Android 3.2 Honeycomb, serta menggunakan cip pemprosesan 1.4GHz dengan RAM sebanyak 1GB. Ia turut didatangkan bersama-sama kamera 3-megapixel dibahagian belakang serta 2-megapixel dibahagian hadapan.
Pandangan
Dari segi spesifikasi, ia membawakan ciri-ciri yang lebih baik berbanding Galaxy Tab 7.0 Plus yang dilancarkan baru-baru ini. Namun begitu, kami mensasarkan berkemungkinan harga jualannya tidak begitu jauh berbeza dengan Galaxy Tab 7.0 Plus.
Pada masa yang sama, Galaxy Tab 7.7 juga turut sama membawakan sokongan panggilan suara, seumpama dengan Galaxy Tab 7.0 Plus. Sekiranya harga jualan dengan 7.0 Plus tidak jauh berbeza, mungkin ia akan menjadi pilihan ramai memandangkan membawakan fungsi yang lebih kurang sama dengan spesifikasi yang lebih tinggi lagi.