Muat-Turun Aplikasi Facebook Messenger Untuk Windows 7 Sekarang

Muat-Turun Aplikasi Facebook Messenger Untuk Windows 7 Sekarang

Diterbitkan pada Dis 24, 2011 oleh .

Sebelum ini, semua sedia maklum Facebook telah pun memulakan ujian untuk aplikasi desktop untuk Windows, dimana melaluinya membolehkan para pengguna mengikuti pelbagai kemaskini semasa daripada Facebook terus daripada desktop tanpa perlu membuka pelayar web. Namun begitu, ia masih lagi pada peringkat beta tertutup, dan belum dibuka kepada umum lagi.

Namun memandangkan ianya dunia Internet, kini fail pemasangan tersebut telah pun mula tersebar, membolehkan semua pengguna Windows seluruh dunia memuat-turun aplikasi tersebut melalui pautan rasmi daripada Facebook, dan menggunakannya hari ini.

Jadi, bagi para pengguna Windows yang berminat, anda boleh memuat-turun fail pemasangan Facebook Messenger untuk Windows hari ini, dan mula menggunakannya sebelum para pengguna lain dapat menggunakannya secara rasmi.


TIPS & ULASAN