Cari @ Amanz

Mungkin semua ingat lagi, beberapa tahun yang lepas, ketika Friendster dan juga MySpace masih lagi popular, pelbagai laman-laman menyediakan beberapa grafik khas, seperti gambar untuk testiomoni, gambar latar belakang dan sebagainya. Kini, laman seumpamanya turut hadir untuk Facebook, dengan pengenalan Facebook Timeline baru-baru ini.

FookCover

FookCover merupakan salah satu perkhidmatan berasaskan web yang menyediakan pilihan gambar-gambar latar untuk digunakan pada Facebook Timeline para pengguna.

Apa yang menariknya mengenai FookCover adalah, selain hanya menyediakan gambar bersaiz 851×315 pada laman mereka untuk digunakan oleh para pengguna, mereka turut sama menyediakan sokongan untuk pra-lihat gambar profil anda dengan menggunakan latar gambar yang dipilih. Segalanya dapat dipermudahkan dengan sokongan Facebook Connect, membolehkan anda membuat pilihan gambar dengan mudah.

Buat masa ini, FookCover masih lagi pada peringkat beta, dan mungkin lebih banyak gambar akan ditambah oleh mereka dari hari ke hari, selain mereka yang berminat turut boleh menghantar gambar-gambar mereka untuk disertakan bersama pada laman tersebut.

Apakah Seterusnya?

Mungkin selepas ini, kita akan dapat melihat lebih banyak laman-laman seumpama ini muncul, menawarkan kandungan menarik untuk dikongsikan oleh para pengguna pada laman sosial terkemuka itu.

Mungkin juga kita akan turut sama melihat pembangun tempatan turut menawarkan kandungan yang disesuaikan untuk para pengguna tempatan melalui laman-laman seumpama ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd