Action Movie FX Membolehkan Anda Menambah Efek Menarik Pada Video Anda

Action Movie FX Membolehkan Anda Menambah Efek Menarik Pada Video Anda

Diterbitkan pada Dis 25, 2011 oleh .

Ramai pengguna peranti iOS yang gemar merakamkan gambar dan juga video. Selain boleh menambah efek kepada gambar melalui aplikasi seumpama Instagram, kini anda turut sama boleh menambah efek yang menarik pada video anda, melalui aplikasi percuma dinamakan sebagai Action Movie FX. Seperti pada namanya, ia membolehkan anda menambah efek bercorak aksi dan letupan dengan mudah melaluinya.

Aplikasi Action Movie FX ini ditawarkan secara percuma dengan dua efek percuma, iaitu efek dimana kereta dijatuhkan, dan juga efek menghantar peluru berpandu ke sesuatu objek. Melaluinya, anda hanya perlu membuat rakaman video, dan seterusnya membuat tetapan pada saat bilakah sesuatu efek itu ditambah, dan seterusnya menghasilkan video anda.

Para pengguna juga boleh berkongsi akan video yang dihasilkan terus bersama rakan-rakan melalui pelbagai perkhidmatan seperti Facebook, dan sebagainya.

Bagi para pengguna iPhone dan iPod Touch yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma terus melalui AppStore hari ini, dan mula menghasilkan video-video menarik melaluinya. Sekiranya anda menghasilkan sesuatu video yang menarik, jangan lupa kongsikan bersama yang lain melalui kotak komen dibawah.


TIPS & ULASAN