Cari @ Amanz

Mozilla, selain daripada Firefox, mereka juga memperkenalkan latar masa pembangunan selama enam minggu untuk Thunderbird, sekaligus menjadikan masa pelancarannya sama dengan Firefox, membolehkan mereka memperkenalkan kemaskini kedua-dua aplikasi popular ini pada masa yang sama, untuk pengguna semua sistem operasi. Terkini, mereka telah pun melancarkan Thunderbid 9 untuk pengguna Windows, Mac dan juga Linux.

Melalui Thunderbird 9, selain beberapa kemaskini kecil, ia lebih mengutamakan kepada kemaskini sekuriti dan keselamatan, dimana Mozilla melabelkan sebagai ianya merupakan kemaskini utama, dan meminta pengguna mengemaskini kepada Thunderbird 9 untuk memastikan mereka selamat daripada pelbagai jenis pencerobohan.

Secara ringkasnya, Thunderbird 9 menggunakan enjin Gecko terbaru daripada Mozilla, iaitu Mozilla Gecko 9. Selain daripada itu, ia juga memperkenalkan fungsi untuk menghantar data berkenaan dengan masalah perisian tersebut terus kepada pihak Mozilla. Namun fungsi tersebut perlu melalui kebenaran pengguna terlebih dahulu, dan mereka boleh tidak mengaktifkannya sekiranya tidak diinginkan. Sekiranya diaktifkan pun, ia hanya menghantar data berkenaan mengapa sesuatu masalah tersebut itu berlaku, tanpa sebarang data berkenaan pengguna dihantar (anonymous).

Pada masa yang sama, Thunderbird 9 turut sama mengintegrasikan Personas secara lebih menyeluruh, membolehkan anda mengubah bagaimana Thunderbird kelihatan dengan lebih mendalam lagi.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun Mozilla Thunderbird 9 hari ini untuk sistem operasi Windows, OS X dan Linux, serta mula menguruskan emel komunikasi anda dengan lebih mudah lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd