Distimo : Angry Birds Merupakan Aplikasi Mudah-Alih Paling Popular Sepanjang 2011

Distimo : Angry Birds Merupakan Aplikasi Mudah-Alih Paling Popular Sepanjang 2011

Diterbitkan pada Dis 25, 2011 oleh .

Dengan tahun 2011 yang menghampiri ke penghujung. laporan mengenai dunia IT dikeluarkan satu demi satu pihak, dimana selain daripada Facebook dan Google, Distimo turut sama mengeluarkan laporan, memperlihatkan aplikasi popular sepanjang tahun 2011 untuk peranti mudah-alih.

Seperti semua sedia maklum, peranti mudah-alih menjadi semakin popular sepanjang tahun ini, dimana pengguna tablet dan juga telefon pintar bertambah dengan drastik. Perkara ini, sekaligus menyumbang kepada ekosistem pembangunan aplikasi mudah-alih, melihat lebih ramai membeli dan juga memuat-turun pelbagai aplikasi, selain mana pembangun aplikasi tempatan juga turut bertambah dari hari ke hari.

Melalui data yang dikeluarkan oleh Distimo, aplikasi yang paling popular dimuat-turun oleh semua pengguna adalah Angry Birds, yang mana ditawarkan untuk hampir semua platform, dan baru-baru ini telah melancarkan aplikasi mereka untuk para pengguna BlackBerry PlayBook. Sebanyak tiga kedudukan dalam senarai 10 aplikasi popular dipegang oleh permainan yang dihasilkan oleh pihak Rovio Mobile ini.

Ianya diikuti dengan aplikasi Facebook, yang mana seperti semua sedia ketahui merupakan rangkaian sosial yang paling popular didunia. Dalam memudahkan para pengguna mengikuti kemaskini semasa rakan-rakan mereka, aplikasi Facebook disediakan untuk semua platform, selain turut ditawarkan dalam bentuk mudah-alih melalui m.facebook.com.

Antara aplikasi lain yang turut tersenarai adalah Skype, Google Maps, Fruit Ninja dan juga Talking Tom Cat, serta Twitter.


TIPS & ULASAN