Carian
Tahun 2012 Dan Dunia Blog – Adakah Iklan Web Masih Relevan?
December 25, 2011 Aman

Seperti semua sedia maklum, sepanjang tahun ini, dunia blog tempatan memperlihatkan peningkatan angka blog yang drastik, dimana Nuffnang sendiri mengatakan mereka mempunyai hampir 300,000 blog berdaftar, dan tidak termasuk angka daripada pihak Innity dan juga Advertlets. Namun persoalannya, adakah dunia pengiklanan dan blog akan terus meningkat naik sepanjang tahun hadapan?

Pemasaran Media Sosial

Seperti semua sedia maklum, Nuffnang telah pun sedia menguji pencabar Says.my melalui perkhidmatan ChurpChurp mereka. Pada masa yang sama, Advertlets juga turut sama menguji perkhidmatan seumpamanya secara beta tertutup buat masa ini. Kedua-dua ini membawakan salah satu medium pendapatan yang baru untuk kedua-dua syarikat ini, sekaligus membolehkan mereka terus beroperasi, seandainya ramai penulis blog mula membuang iklan mereka dan sebagainya.

Pada masa yang sama, memandangkan pengguna Malaysia merupakan antara pengguna aktif di media sosial, perkhidmatan seumpamanya dapat beroperasi tanpa sebarang masalah, dan menerima pendapatan sambil berkongsi pautan melalui perkhidmatan laman sosial tersebut.

Adakah Iklan Melalui Pelayar Web Masih Relevan?

Jawapan ringkasnya, Ya. Ya, seperti semua ketahui, pengiklanan melalui medium blog, yang mana dilayari melalui pelayar web desktop masih lagi relevan. Kebanyakkan peratusan pengunjung pada masa sekarang ini, masih lagi menggunakan pelayar web melalui desktop untuk melayari sesuatu laman web ataupun blog.

Bagaimana Iklan Pelayar Web Akan Mati?

Mungkin perkataan MATI adalah terlalu luas, dan lebih sesuai digunakan sebagai kurang popular dari hari ke hari. Seperti sedia maklum, sekitar tahun 2006, 2007 dahulu, pembaca berasaskan RSS amat popular, dan menjadikan pengiklanan melalui pelayar web kurang popular.

Namun kini aplikasi seumpamanya seperti kurang popular, dan tidak lagi digunakan secara aktif melalui pengguna baru, menjadikan mereka perlu mengikuti kesemua kandungan melalui pelayar web.

Tetapi, dengan dunia mudah-alih yang semakin popular, fungsi seumpama RSS kembali popular, dengan beberapa aplikasi khas dibangunkan, menjadikan ianya bebas iklan, selain pada Google sendiri telah memperkenalkan aplikasi terbaru mereka berasaskan RSS, dinamakan sebagai Google Current.

Google Currents
Aplikasi Google Currents Untuk Android

Dan bagaimana pula sekiranya Windows versi baru didatangkan dengan sokongan RSS terbina. Ya, Windows 8 didatangkan dengan sokongan untuk pengguna menambah alamat blog ataupun RSS, dan mengikuti pelbagai kemaskini dalam cara interaktif dalam antaramuka Metro. Selain pada masa yang sama, tidak lagi perlu melalui antaramuka pelayar web seperti kebiasannya.

Aplikasi-aplikasi seperti FlipBoard dan Pulse juga semakin popular dari hari ke hari.

Adakah Iklan Pelayar Web Akan Mati?

Mungkin tidak. Tetapi, syarikat tempatan seperti Nuffnang, Advertlets, Innity dan lain-lain mungkin perlu mengoptimasikan iklan mereka, supaya menjadi lebih mesra peranti mudah-alih dengan skrin kecil, ataupun memperkenalkan iklan dalam bentuk intergrasi RSS, sekaligus menjadikan mereka terus relevan pada tahun-tahun akan datang.

Komen