IPMart Menawarkan Samsung Galaxy Nexus Pada Harga RM2041

IPMart Menawarkan Samsung Galaxy Nexus Pada Harga RM2041

Diterbitkan pada Dis 25, 2011 oleh .

Samsung Galaxy Nexus merupakan salah satu peranti pintar Android yang dinantikan ramai peminat, memandangkan ia membawakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, serta rekabentuk dan spesifikasi yang menarik. Dan memandangkan ianya merupakan peranti yang didatangkan dengan sokongan rasmi Google, ia menjadi salah satu peranti yang dinantikan ramai peminat.

Harga jualannya di Malaysia masih lagi tidak diketahui buat masa ini, memandangkan set rasmi masih tidak dijual di Malaysia. Namun, beberapa pengedar telah pun mula akan jualan set AP kepada pengguna tempatan, dan salah satunya adalah IPMart, yang mana menawarkan Galaxy Nexus kepada para pengguna tempatan pada harga cuma RM2040.78 sahaja, dengan penghantara percuma untuk seluruh Malaysia.

Samsung Malaysia sendiri dijangka akan melancarkan Galaxy Nexus di Malaysia pada bulan Januari ini, sebelum Tahun Baru Cina, dan disasarkan berharga lebih murah dan harga dibawah RM2,000. Namun sekiranya tidak sabar, mungkin tawaran melalui IPMart ini merupakan salah satu tawaran menarik untuk anda.


TIPS & ULASAN