10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 22 Disember

10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 22 Disember

Diterbitkan pada Dis 26, 2011 oleh .

Ianya sudah agak lama kami tidak mengemaskini perkara berkaitan dengan carian popular di Google Malaysia, dan mungkin dalam beberapa minggu akan datang, kami akan cuba memperlihatkan carian popular ini dalam bentuk video. Sementara itu, berikut merupakan carian popular dan terhangat di Google Malaysia sepanjang minggu lepas iaitu dari 16 Disember hingga 22 Disember yang lepas:

Facebook Timeline

Laman sosial paling popular didunia, iaitu Facebook telah pun mula memperkenalkan sokongan Facebook Timeline mereka kepada para pengguna, selain membolehkan para pengguna yang berminat mengaktifkan Timeline pada profil masing-masing serta merta hari ini.

Tengku Sophia

Mission Impossible 4 / Ghost Protocol

Filem terbaru daripada siri Mission Impossible, yang mana sekali lagi menyaksikan egen IMF, Ethan Hunt bersama-sama dengan pasukan mereka melalui pelbagai misi sukar untuk menyelamatkan dunia daripada berperang.

Ana Dahlia

Ana Dahlia telah pun berkahwin dengan anak Chef Wan, iaitu Chef Riz yang berumur 28 tahun pada 11 Disember yang lepas.

Maxis iPhone 4S

Walaupun iPhone 4S telah dilancarkan di Amerika Syarikat pada bulan Oktober yang lepas, ianya hanya dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 16 Disember yang lepas, dimana ramai yang telah beratur mendapatkan pakej daripada Maxis pada malam pelancarannya, 16 Disember di Kuala Lumpur Convention Centre.

Keputusan PMR

Dengan tarikh permulaan persekolahan yang semakin dekat, keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah telah pun diumumkan, dimana ramai pelajar mula mendapatkan berita mengenainya.

Merlin Season 4

Siri popular Merlin telah pun mulakan tayangan musim ke-4 di TV3 bermula daripada 16 Disember yang lepas.

KFC Malaysia

Ramai pengguna media sosial marah akan tindakan KFC yang membatalkan promosi baucer elektronik KFC, apabila setelah hanya mengeluarkannya untuk separuh hari sahaja, dan mendapat kritikan ramai pengguna.

Jabatan Akauntan Negara

Jabatan Akauntan Negara membantu para pekerja awam dengan menyediakan fasiliti atas-talian untuk para pekerja untuk menyemak pelbagai perkara berkaitan gaji dan sebagainya.

Christmas / Merry Christmas

Dengan perayaan Hari Natal yang dekat, ramai pengguna telah menggunakan enjin carian popular, Google dalam mendapatkan pelbagai mesej, kad dan sebagainya yang berkaitan dengan Krismas.


TIPS & ULASAN