Carian
Firefox 10 Beta Untuk Desktop Dan Juga Android Sedia Untuk Dimuat-Turun
December 26, 2011 Aman

Dengan pengenalan Mozilla Firefox 9 pada minggu lepas, pembangunan pelayar web versi seterusnya telah pun beralih kepada saluran beta, dimana kini Firefox 10 Beta untuk desktop dan juga untuk Android telah pun siap sedia untuk dimuat-turun dan diuji, sebelum ianya dilancarkan dalam masa kurang 6 minggu lagi.

Salah satu perkara yang diintegrasikan pada Firefox 10 Beta adalah sokongan anti-aliasing untuk WebGL, selain turut memfokuskan kepada pelbagai elemen HTML dan juga CSS3. Dan bagi para pembangun, ia juga mengintegrasikan sokongan beberapa fungsi baru seperti CSS Style Inspector yang masih dalam Firefox 10 Beta yang baru ini.

Untuk versi Android pula, ia membawakan sokongan Firefox Sync yang lebih baik lagi, dimana anda akan dapat melihat pautan “Set up Sync” pada tab utama. Buat masa ini, Firefox Beta 10 untuk Android ini hanya menyokong Android 2.0 dan terkini sahaja.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Firefox 10 Beta daripada halaman rasmi Mozilla hari ini, dan menggunakannya hari ini sebelum ianya dilancarkan secara rasmi dalam bentuk beta dalam tempoh kurang enam minggu lagi.

Komen