Fibox – Perkhidmatan Platform Sembang Masa-Nyata Baru Dari Syarikat Tempatan

Fibox – Perkhidmatan Platform Sembang Masa-Nyata Baru Dari Syarikat Tempatan

Diterbitkan pada Dis 26, 2011 oleh .

Salah satu perkhidmatan tempatan yang bakal menghentikan perkhidmatan percuma mereka pada tahun hadapan adalah ShoutMix. Namun begitu, caj yang dikenakan masih lagi rendah, dan mampu oleh semua pengguna yang sedia menggunakannya. Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak ingin menggunakannya juga, mungkin anda boleh menggunakan salah satu perkhidmatan alternatif baru, Fibox.

FiBox juga turut sama disediakan oleh salah satu syarikat tempatan, dimana melalui Fibox ia menyediakan kotak sembang dalam bentuk masa-nyata, membolehkan para pengguna dan pelawat sesuatu web mengikuti kemaskini dalam masa-nyata tanpa perlu refresh sesuatu halaman itu berkali-kali.

Pendaftaran untuknya juga turut menggunakan integrasi Facebook Connect, membolehkan pendaftaran dilakukan dengan pantas, selain mana para pengunjung juga boleh menggunakan akaun Facebook dalam meninggalkan komen ataupun mesej pada kotak sembang yang disediakan.

Buat masa ini, Fibox masih lagi pada peringkat beta, dan mungkin lebih banyak fungsi baru akan diintegrasikan dari hari ke hari oleh mereka.

Terima kasih Eddy


TIPS & ULASAN