Video Promosi Undies Memperlihatkan Secara Kasar Fungsi Yang Bakal Dibawa Olehnya

Video Promosi Undies Memperlihatkan Secara Kasar Fungsi Yang Bakal Dibawa Olehnya

Diterbitkan pada Dis 27, 2011 oleh .

Nampaknya, produk pertama daripada Terato Inc bakal dilancarkan tidak lama lagi, apabila kini video promosi pertama untuk aplikasi Undies daripada mereka telah pun dimuat-naik ke Vimeo, memperlihatkan serba sebanyak berkenaan dengan laman sosial terbaru daripada pihak Terato itu.

Walaubagaimanapun, tarikh pelancarannya masih tidak diumumkan dalam video tersebut, ataupun melalui laman web mereka buat masa ini. Tetapi apa yang diperlihatkan adalah, melalui aplikasi tersebut kelak, ianya bukan sahaja sekadar perkongsian semata-mata tetapi turut sama mengintegrasikan kedai maya terbina, membolehkan para pengguna membeli hadiah untuk mereka ataupun untuk rakan-rakan mereka yang lain.

Mungkin kita akan dapat melihat kemaskini terbaru berkaitan dengan Undies ini tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN