Lanjutan daripada tips tempoh hari berkaitan dengan menjadikan Facebook Timeline lebih menarik dan kreatif lagi, kini penulisnya, Arif Ishak telah pun menyediakan sebuah video ringkas, memberikan penerangan dalam bentuk visual bagi para pengguna Photoshop mengubah-suai rekabentuk halaman Facebook Timeline mereka dengan mudah.
Bagi para pengguna yang berminat, mungkin anda boleh memuat-turun fail dalam bentuk PSD yang disediakan oleh beliau khas untuk para pembaca Amanz.