Carian
Teknologi Thunderbolt Akan Hadir Ke PC Sekitar April 2012?
December 27, 2011 Aman

Salah satu teknologi baru yang diperkenalkan oleh Intel bersama pihak Apple pada komputer riba keluaran Apple tahun ini adalah sokongan Thunderbolt. Dan kini ia dilaporkan Intel telah pun memberitahu rakan kerjasama mereka, dimana mereka akan melancarkan teknologi Thunderbolt sepenuhnya pada April 2012, membolehkan PC ataupun komputer riba dengan sokongan Thunderbolt dilancarkan.

Thunderbolt merupakan salah satu teknologi baru yang diperkenalkan oleh Intel untuk memudahkan peranti dihubungkan antara satu sama lain dan juga memudahkan penghantaran data dan sebagainya. Sekiranya benar ia akan diperkenalkan kepada semua pembangun perkakasan sekitar April 2012 kelak, mungkin kita akan dapat melihat Thunderbolt dan USB 3.0 menjadi pilihan untuk digunakan oleh semua.

Buat masa ini, Thunderbolt hanya digunakan pada peranti keluaran Apple, iaitu pada MacBook Pro, MacBook Air, Mac Mini dan iMac, serta masih belum digunakan secara meluas lagi. Namun, sekiranya ianya diperkenalkan kepada umum melalui PC dan juga komputer riba, mungkin ia akan menerima impak lebih meluas lagi.

Sama-sama kita nantikan samada adakah Thunderbolt ataupun USB 3.0 bakal menjadi pilihan pengguna pada tahun hadapan.

Komen