Cari @ Amanz

Setelah satu demi satu pengeluar peranti seperti Samsung, Sony Ericsson dan sebagainya mengumumkan kemaskini Ice Cream Sandwich untuk peranti keluaran mereka, kini LG turut sama mengumumkannya, dimana LG mensasarkan suku kedua dan ketiga tahun 2012 untuk memulakan kemaskini Ice Cream Sandwich untuk beberapa peranti keluaran mereka pada tahun ini.

Antara peranti daripada LG yang bakal menerima kemaskini tersebut adalah termasuk LG Optimus 2X, LG Optimus Sol, LG my Touch Q dan juga LG Eclipse. Ia akan diperkenalkan secara berperingkat, dan seterusnya pada suku tahun ketiga ia akan diperkenalkan kepada LG Optimus 3D, LG Optimus Black, LG Optimus Q2, LG Optimus Big, dan juga LG Optimus EX.

Walaupun ianya sesuatu yang baik kepada para pengguna sedia ada LG, namun ia kelihatan untuk menantikan sehingga suku tahun ketiga, ia merupakan suatu tempoh yang lama, dan berkemungkinan versi Android seterusnya akan diketahui pada ketika waktu tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd