E-Parlimen merupakan salah satu projek baru daripada Terato Tech dengan kerjasama bersama pihak MOSTI, membolehkan para pengguna biasa berkomunikasi dengan wakil rakyat mereka melalui sistem atas-talian sedia ada, sekaligus membolehkan rakyat menyampaikan sesuatu aduan atau maklumbalas dan sebagainya dengan mudah.
Buat masa ini, perkhidmatan ini masih lagi tidak diketahui bilakah akan dilancarkan secara rasminya. Namun begitu, mungkin ianya tidak lama lagi, memandangkan aplikasi iPhone untuk e-Parlimen kini sudah pun boleh didapati melalui AppStore. Aplikasi untuk platform lain masih lagi tidak diketahui bilakah akan dilancarkan, selain pada penerangan aplikasi tersebut, ia mengatakan para pengguna boleh turut sama berkomunikasi dengan wakil rakyat mereka melalui SMS dan juga portal, selain daripada aplikasi yang disediakan.
Kami sendiri masih lagi belum dapat menguji aplikasi ini memandangkan tidak mempunyai peranti iOS buat masa ini, dan tidak pasti adakah ianya sudah boleh dgunakan Namun, bagi anda yang menggunakan peranti iOS, mungkin boleh memuat-turun aplikasi e-Parlimen untuk iOS, dan memberikan maklumbalas mengenainya.