Samsung Galaxy S3 Bakal Diperlihatkan Pada Bulan Februari 2012 Kelak?

Samsung Galaxy S3 Bakal Diperlihatkan Pada Bulan Februari 2012 Kelak?

Diterbitkan pada Dis 28, 2011 oleh .

Samsung Galaxy S2 merupakan peranti Android yang paling berjaya sehingga ke hari ini, dan kini ia dilaporkan Samsung akan memperkenalkan generasi baru untuk keluarga Samsung Galaxy S pada bulan Februari 2012 kelak pada acara tahunan Mobile World Congress yang bakal diadakan di Barcelona.

Sebelum ini, Samsung turut sama telah memperlihatkan Galaxy S2 kepada umum pada tarikh yang lebih kurang sama tahun ini. Buat masa ini, apa yang bakal dibawakan oleh Galaxy S3 masih lagi tidak diketahui buat masa ini. Namun apa yang diperkatakan adalah ianya akan didatangkan dengan integrasi teknologi, dan mungkin dikenali sebagai Galaxy S 3D, sekaligus membolehkan kandungan 3D terus dihantar ke TV 3D dengan mudah.

Walaubagaimanapun, perkara ini masih tidak dapat disahkan buat masa ini. Berbeza dengan pengeluar lain, Samsung juga masih tidak mempromosikan peranti mudah-alih 3D dengan meluas buat masa ini, memandangkan peranti 3D masih tidak menerima permintaan tinggi buat masa ini.

Terima kasih Loq.


TIPS & ULASAN