Jailbreak iOS 5.0.1 Tanpa Tambatan Kini Sedia – Sokongan Untuk A5 Akan Datang

Jailbreak iOS 5.0.1 Tanpa Tambatan Kini Sedia – Sokongan Untuk A5 Akan Datang

Diterbitkan pada Dis 28, 2011 oleh .

Setelah memperkenalkan aplikasi untuk jailbreak iOS 5 dengan tambatan sebelum ini, kini Chronic Dev Team dan juga iPhone Dev Team telah pun melancarkan versi tanpa tambatan, membolehkan pengguna iOS 5 jailbreak akan peranti mereka dengan mudah. Namun seperti biasa, perkara ini tidak disokong oleh Apple, dan perlu dilakukan oleh pengguna atas risiko sendiri.

Melalui versi baru redsn0w yang dilancarkan, ianya menyokong iPhone 3GS, iPhone 4, iPod Touch dan juga iPad yang menggunakan iOS 5. Sokongan untuk iPhone 4S dan juga iPad2 masih belum diperkenalkan, dan dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Bagi para pengguna yang telah pun menggunakan versi dengan penambat sebelum ini, mereka boleh memuat-turun aplikasi dinamakan Corona daripada Cydia, sekaligus mengemaskini peranti mereka kepada versi tanpa tambatan.

Untuk makluman para pengguna iOS yang baru, jailbreak adalah salah satu proses yang dilakukan pada peranti iOS dalam membuang beberapa had dan juga limitasi yang ditetapkan oleh pihak Apple, dan menggunakan kernel tersendiri, selain memberikan akses utama (root) kepada para penggunanya, sekaligus membolehkan pengguna menjalankan pelbagai aplikasi walaupun tidak dibenarkan oleh pihak Apple. Walaubagaimanapun, Apple pernah mengumumkan yang mana mereka tidak menawarkan jaminan untuk peranti yang melalui proses ini.


TIPS & ULASAN