Pengguna Berdaftar Google+ Melangkaui Angka 60 Juta Pengguna

Pengguna Berdaftar Google+ Melangkaui Angka 60 Juta Pengguna

Diterbitkan pada Dis 28, 2011 oleh .

Salah satu laman sosial yang diperkenalkan baru-baru ini adalah Google+ daripada penyedia perkhidmatan enjin carian terkemuka. Google+ juga merupakan antara laman sosial yang meningkat popular dengan pantas setiap hari, dimana kini dilaporkan Google+ mempunyai lebih daripada 62 juta pengguna seluruh dunia.

Google sendiri menggunakan pelbagai cara untuk menambah dan menarik pengguna menggunakan perkhidmatan mereka, termasuk menggunakan halaman utama enjin carian mereka, menggunakan selebiriti, pengiklanan melalui kaca televisyen dan sebagainya.

Akhir-akhir ini juga dilihat dimana setiap hari, lebih daripada 625,000 pengguna baru berdaftar dengan Google+, dan sekiranya ia diteruskan, maka angka pengguna Google+ akan melangkaui 100 juta pengguna menjelang penghujung Februari kelak.

Namun kini persoalannya adalah, berapa ramaikah yang aktif menggunakan Google+?


TIPS & ULASAN