Penghujung tahun merupakan dimana pelbagai pengeluar peranti memperkenalkan promosi untuk peranti keluaran mereka, apatah lagi dengan promosi Hari Natal dan juga Tahun Baru yang menjelang tiba. Dan, kesan daripadanya, Google kini mengatakan lebih 3.7 juta peranti Android telah diaktifkan dalam hanya tempoh dua hari, iaitu pada 24 dan 25 Disember sahaja.
3.7 juta peranti diaktifkan dalam tempoh dua hari adalah salah satu angka yang besar, sekaligus memperlihatkan Android terus menjadi antara peranti yang diminati ramai.
Sebelum ini sendiri, Google telah mengeluarkan kenyataan mengatakan lebih daripada 700,000 peranti Android diaktifkan setiap hari, dan mungkin angka ini akan terus meningkat pada tahun akan datang, dengan hadirnya peranti Ice Cream Sandwich yang lebih menarik lagi.
UPDATE: There were 3.7M Android devices activated on 12/24 and 12/25.
— Andy Rubin (@Arubin) December 28, 2011
Terima kasih Azam