Cari @ Amanz

DiGi Bakal Menawarkan Samsung Galaxy Nexus

Oleh Aman

Link Copied!

Sebelum ini, ia telah dimaklumkan oleh pihak Samsung Malaysia sendiri yang mana mereka akan membawa masuk Galaxy Nexus ke pasaran Malaysia sebelum Tahun Baru Cina. Tarikh pelancarannya masih tidak diketahui buat masa ini, tetapi ia kelihatan salah satu syarikat telekomunikasi yang bakal menawarkannya adalah DiGi.

Walaupun tidak memperlihatkan secara langsung, DiGi melalui sebuah Tweet yang dihantar, memperlihatkan yang mana mereka akan menawarkan pakej khas untuk Samsung Galaxy Nexus. Mereka hanya sekadar menghantar Tweet mengatakan “Samsung Galaxy Nexus – Ya atau Tidak”.

Mungkin juga kita akan dapat melihat syarikat telekomunikasi lain turut sama menawarkan peranti tersebut kepada pengguna Malaysia.


Komen ()