Galaxy S Akan Menerima Kemaskini Kecil Membawakan Pelbagai Nilai Tambah Padanya

Galaxy S Akan Menerima Kemaskini Kecil Membawakan Pelbagai Nilai Tambah Padanya

Diterbitkan pada Dis 28, 2011 oleh .

Salah satu perkara yang tertanya-tanya oleh para pengguna Galaxy S adalah adakah ianya akan menerima kemaskini Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Sebelum ini, Samsung telah pun mengeluarkan senarai peranti yang akan menerima kemaskini tersebut, namun Galaxy S tidak tersenarai padanya. Walaubagaimanapun, untuk menjaga pengguna Galaxy S, Samsung diperkatakan akan memperkenalkan kemaskini kecil yang membawakan beberapa perkara baru padanya.

Ianya akan kekal sebagai Android 2.3 tetapi akan mengoptimasikan sistem operasi tersebut lebih lagi, serta membawakan beberapa nilai tambahan padanya. SammyHub melaporkan yang mana melalui kemaskini kecil tersebut, para pengguna Galaxy S akan mendapat pengalaman pelayaran web yang lebih pantas, widget baru, sokongan multi-tasking lebih menyeluruh, dan beberapa perkara lain lagi, membolehkan ianya menyerupai seperti Ice Cream Sandwich.

Samsung Galaxy S

Walaubagaimanapun, ia tidak diketahui bilakah ia akan diperkenalkan, dan tarikh pasti untuknya masih tidak diketahui buat masa ini. Sebagai alternatif, para pengguna yang inginkan kemaskini terkini, mungkin turut sama boleh menggunakan ROM yang dibangunkan pembangun bebas pada peranti mereka.


TIPS & ULASAN