Dalam usaha untuk membolehkan para pengguna YouTube kekal lebih lama pada laman video terkemuka tersebut, kini Google memperkenalkan sebuah fungsi eksperimental, dinamakan sebagai YouTube Slam. Melalui YouTube Slam, ia membolehkan para pengguna menemui pelbagai video baru yang menarik dengan mudah, disamping membolehkan mereka mengundi untuk video yang menarik.
Melalui YouTube Slam, beberapa kategori disediakan, dimana pada setiap kategori, beberapa video diperlihatkan, dan dibandingkan dengan video yang lain. Para pengguna boleh memilih video yang tampak lebih comel, menarik, kelakar dan sebagainya, dan mengundi untuk video tersebut.
Video yang mendapat undian yang paling banyak akan diperlihatkan kepada lebih ramai, dibawah Leaderboard. Selain daripada ia membolehkan para pengguna menghasilkan video yang lebih menarik, dan menemui pelbagai video menarik seluruh dunia, ia juga sekaligus menguntungkan pihak Google dan YouTube, dimana para pengguna menghabiskan lebih banyak masa pada laman tersebut melaluinya.