Cari @ Amanz

Dengan dunia internet yang semakin berkembang dari hari ke hari, masalah sekuriti juga turut sama meningkat, dimana memerlukan para pembangun laman web membuat salinan laman web mereka untuk simpanan supaya perkara yang tidak diingini tidak terjadi. Selalunya, ia agak sukar untuk membuat salinan setiap hari. Jadi, untuk memudahkan perkara tersebut, beberapa aplikasi disediakan, dan salah satunya adalah SnatchCode.

Melalui SnatchCode, ia membolehkan para pembangun laman web membuat salinan automatik untuk laman web mereka dengan mudah, dan menyimpannya terus pada laman SnatchCode, dan mengaksesnya bila-bila diperlukan. Menariknya lagi adalah dimana perkhidmatan SnatchCode ditawarkan secara percuma dengan had simpanan sebanyak 250MB.

SnatchCode juga turut sama menyemak laman anda untuk perubahan harian, dimana setiap kali anda membuat perubahan, ia mengemaskini fail salinan secara automatik. Fail yang dibuat salinan juga dilindungi, dan disemak samada adakah mempunyai virus dan sebagainya.

Selain daripada SnatchCode yang sesuai untuk pelbagai laman web, sekiranya anda merupakan pengguna WordPress, anda turut sama boleh menggunakan perkhidmatan VaultPress yang menyediakan sokongan salinan dalam masa-nyata.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd