Zephyr Membawakan Sokongan Sentuhan Seumpama N9 Pada iPhone

Zephyr Membawakan Sokongan Sentuhan Seumpama N9 Pada iPhone

Diterbitkan pada Dis 29, 2011 oleh .

Salah satu cara untuk multi-tasking yang terbaik terdapat pada peranti mudah-alih adalah yang dibawakan oleh MeeGo Harmattan pada Nokia N9, dimana para pengguna hanya perlu meluncurkan jari dari kanan ke kiri, atau bawah ke atas. Kini, fungsi seumpamanya turut dibawakan ke iPhone yang di jailbreak melalui aplikasi yang dinamakan sebagai Zephyr.

Sebelum ini sendiri, konsep seumpamanya pernah diperlihatkan oleh salah seorang pembangun, dan kini ia di realisasikan untuk semua pengguna iPhone, selain tidak lagi perlu bergantung kepada butang utama yang terdapat pada iPhone sahaja.

Menurut pembangun tersebut, mereka juga akan menambah lebih banyak sokongan melalui kemaskini akan datang untuk aplikasi tersebut, dan bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkannya melalui Cydia Store pada hari ini pada harga $2.99.


TIPS & ULASAN