Dengan tahun baru yang menjelang tiba, selain daripada acara CES 2012 yang bakal diadakan, kini ura-ura mula timbul memperkatakan yang mana Apple akan melancarkan tablet generasi baru mereka pada penghujung Januari ini, atau lebi tepat pada 26 Januari pada acara MacWorld iWorld. Walaubagaimanapun, ia tidak dapat disahkan sepenuhnya memandangkan Apple telah menarik diri dari MacWorld sejak 2009.
Ia diperkatakan dua model baru akan diperkenalkan, dan akan mengekalkan saiz skrin seperti iPad generas sekarang, dan membawakan resolusi seluas 1536×2048, dan mensasarkan pengguna yang inginkan tablet dengan kuasa tinggi ataupun rendah. Ia juga diperkatakan iPad baru kelak akan membawakan kamera 8-megapixel bersama-sama dengannya.
Walaubagaimanapun, beberapa perkara seperti sukar untuk dipercayai, dan seperti biasa ianya hanya sekadar ura-ura sahaja. Sebelum ini, pelbagai spekulasi turut diperkatakan berkenaan dengan iPhone 5, tetapi sebaliknya Apple hanya memperkenalkan iPhone 4S sahaja.