SeeFood – Filem Animasi 3D Dari Silver Ant Bakal Ditayangkan Tahun Hadapan

SeeFood – Filem Animasi 3D Dari Silver Ant Bakal Ditayangkan Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Dis 29, 2011 oleh .

Sepanjang tahun hadapan, dunia animasi 3D negara akan terus meriah nampaknya, dimana selain daripada beberapa animasi sedia ada seperti Upin dan Ipin, serta Boboiboy, ia juga akan dimeriahkan dengan animasi seperti Budak Besi, dan juga tidak ketinggalan filem 3D terbaru daripada studio animasi tempatan, iaitu SeeFood.

Animasi SeeFood yang dihasilkan oleh Silver Ant Sdn Bhd ini akan menjadi animasi 3D pertama negara yang dihasilkan dalam bahasa Inggeris, dan mensasarkan pasaran global kelak. Ia dijangka akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula daripada 8 Mac 2012 kelak. Sebelum ini, ia telah pun dipertontonkan di beberapa negara lain.

Melalui Animasi 3D SeeFood ini, ia mengisahkan mengenai mengenai dua watak utama filem tersebut, Pup dan juga Julius. Kisah bermula apabila Pup mendapati beberapa biji telur dicuri daripada kantung telur, dan kemudian dia mengambil langkah dalam misi menyelamatkan adik-beradiknya walaupun ianya amat sukar. Dalam mengharunginya, ia melalui pelbagai cabaran, termasuk pergi ke dunia manusia. Mengambil berat akan keselamatan Pup, Julius seekor jerung turut berusaha untuk menyelamatkan dan membawa Pup pulang ke tempat tinggal mereka.

Selain daripada SeeFood ini, mungkin juga kita akan dapat melihat beberapa animasi 3D lain turut diperkenalkan oleh para pembangun tempatan.


TIPS & ULASAN