Diskaun.my Bakal Memperkenalkan Sokongan Kedai Atas-Talian

Diskaun.my Bakal Memperkenalkan Sokongan Kedai Atas-Talian

Diterbitkan pada Dis 29, 2011 oleh .

Salah satu laman jual-beli baru yang dilancarkan adalah Diskaun.my, membolehkan para peniaga dan pembeli menggunakan platform mereka untuk menjual dan juga mencari barangan yang dikehendaki pada harga yang lebih murah. Selain daripada itu, mereka juga turut sama akan memberikan nilai tambah kepada para penjual dengan memperkenalkan Diskaun Store tidak lama lagi.

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat beta tertutup, dan sebagai permulaan mereka memperkenalkan sokongan kedai-atas talian tersebut secara percuma untuk para pengguna. Melalui apa yang ditawarkan, para penjual mendapat platform dan laman mereka tersendiri menggunakan nama subdomain khas. Pihak Diskaun.my juga turut memperkatakan yang mana penjual turut sama boleh menambah domain mereka sendiri sekiranya diinginkan.

Memandangkan ianya masih lagi pada peringkat beta tertutup, ia masih belum diperkenalkan kepada umum lagi. Namun sekiranya anda ingin mengujinya, mungkin boleh menghubungi pihak Diskaun.my atau melihat laman demo yang disediakan mereka.


TIPS & ULASAN