Facebook Kini Menyediakan Pautan Muat-Turun Rasmi Messenger Untuk Windows

Facebook Kini Menyediakan Pautan Muat-Turun Rasmi Messenger Untuk Windows

Diterbitkan pada Dis 30, 2011 oleh .

Salah satu aplikasi yang tersebar sebelum ini adalah aplikasi Facebook Messenger untuk Windows, dan kini untuk mengawal keadaan tersebut, pihak Facebook sendiri telah mengemaskini halaman bantuan mereka, dengan menyertakan pautan muat-turun Facebook Messenger secara rasminya, membolehkan semua memuat-turun dan mencubanya tanpa sebarang rasa was-was.

Melalui aplikasi Facebook Messenger untuk Windows ini, ia membolehkan para pengguna sistem operasi Windos mengikuti pelbagai kemaskini yang berlaku pada Facebook, terus pada desktop mereka tanpa perlu membuka pelayar web. Pada masa yang sama, anda juga boleh sembang dengan rakan-rakan dengan mudah, serta melihat kemaskini semasa rakan-rakan melalui Ticker, serta mendapat notifikasi dengan pantas.

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat pembangunan awal, dan masih lagi belum mencapai fasa stabil sepenuhnya, dan hanya sekadar sokong Windows 7 sahaja buat masa ini. Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turunnya secara terus melalui halaman bantuan Messenger untuk Windows hari ini.


TIPS & ULASAN