Cari @ Amanz

Dengan populariti Facebook yang meningkat naik dari hari ke hari, salah satu perkhidmatan yang turut dipergunakan dengan meluas padanya adalah Facebook Photos, yang mana kini menjadi laman perkongsian gambar paling besar di internet, mengalahkan beberapa laman lain seperti Flickr dan Picasa.

Perkara ini, semestinya akan membuatkan beberapa jurugambar untuk menyertakan gambar-gambar sedia ada di Flickr ke dalam profil Facebook mereka, tetapi malas untuk memuat-naiknya kembali ke Facebook kerana mengambil masa yang lama.

Untuk memudahkan perkara ini, salah satu aplikasi pihak ketiga baru diperkenalkan, dinamakan sebagai UnifyPhotos. Melalui aplikasi tersebut, ia membolehkan anda mengimport semua gambar di Flickr ke Facebook dengan mudah, sekaligus menetapkan tahap privasi sesuau gambar mengikut tetapan pilihan pengguna. Ia juga membuatkan sebuah album baru untuk setiap set pada Flickr.

Pada masa yang sama, pembangun disebaliknya, iaitu Goyaka Labs mengatakan mereka juga turut sama sedang membangunkan aplikasi yang serupa untuk para pengguna Picasa, membolehkan mereka mengimport gambar Picasa ke Facebook dengan mudah.

Jadi, bagi mereka yang ingin mencubanya, mungkin boleh ke laman rasmi UnifyPhotos, dan seterusnya mula mengimport gambar-gambar Flickr anda ke Facebook serta-merta.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd