Cari @ Amanz

Dengan pengenalan Facebook Timeline yang baru, salah satu perkara yang menjadi dilema setiap pengguna adalah membuat pilihan gambar untuk halaman profil mereka. Walaupun terdapat beberapa pilihan gambar, seperti daripada FookCover dan lain-lain, kini salah satu perkhidmatan baru turut sama memudahkan proses tersebut, iaitu CoverCanvas.

Melalui CoverCanvas, para pengguna boleh membuat gambar latar untuk Facebook Timeline mereka tersendiri dengan susunan mengikut kegemaran mereka, ataupun sebaliknya membuat pilihan daripada gambar-gambar dan grafik yang disediakan oleh pihak CoverCanvas sendiri.

Pada masa yang sama, CoverCanvas juga turut memudahkan proses memuat-naik, dimana memandangkan ianya menggunakan fungsi Facebook Connect untuk menggunakan perkhidmatan mereka, ia memuat-naik gambar tersebut secara automatik, membolehkan anda mengaktifkan sesuatu gambar dengan mudah sekali.

Jadi, bagi anda yang inginkan alternatif lain selain daripada FookCover, mungkin anda boleh ke laman CoverCanvas untuk mendapatkan beberapa idea baru untuk gambar profil dan menggunakannya sebagai Facebook Cover anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd