Nampaknya, selain daripada DiGi, Celcom turut sama akan menawarkan Samsung Galaxy Nexus kepada para pengguna tempatan, sekaligus membolehkan para pengguna membuat pilihan samada ingin mendapatkannya melalui pakej DiGi ataupun Celcom. Buat masa ini, ia masih belum diketahui samada adakah Maxis bakal menawarkannya ataupun tidak.
Buat masa ini, tarikh pasti pelancaran Galaxy Nexus masih tidak diketahui lagi. Namun ia disasarkan untuk pelancaran sekitar pertengahan bulan Januari kelak. Menurut MalaysianWireless, harga jualan peranti tersebut di pasaran Malaysia berkemungkinan adalah sekitar RM2099, dan melalui pakej-pakej DiGi dan juga Celcom, mungkin kita akan dapat melihat harga tawaran yang lebih murah, melalui kontrak yang disediakan oleh mereka.
Mungkin kita akan dapat lebih banyak maklumat berkaitan dengan peranti ini menjelang pelancarannya dalam beberapa minggu lagi.