Cari @ Amanz

Symbian Kekal Sistem Operasi Mudah-Alih Popular Sepanjang 2011

Oleh Aman

Link Copied!

Salah satu perkara yang menjadi tanda tanya setiap pengguna adalah mengenai kepopularan sistem operasi mudah-alih. Seperti sedia maklum, sejak bertahun lamanya, Symbian memegang takhta sebagai sistem operasi nombor satu dunia, dan tidak ketinggalan pada tahun ini juga, dimana Symbian mengekalkan takhta tersebut di Malaysia dan juga didunia.

Mengikut rapat dibelakang Symbian adalah Android bagi pasaran Malaysia. Memperlihatkan populariti Android adalah lebih daripada iOS bagi pasaran Malaysia, manakala untuk pasaran dunia, iOS menduduki tangga kedua, dan Android pada tangga ketiga.


Sistem Operasi Mudah-Alih Sepanjang 2011 [via]

Walaubagaimanapun, salah satu trend semasa yang menarik dilihat adalah dimana Symbian yang memperlihatkan penurunan populariti sepanjang tahun, memperlihatkan peningkatan pada dua bulan terakhir ini. Android pula memperlihatkan peningkatan drastik sepanjang tahun, manakala bagi iOS, bagi dua bulan terakhir ini ia memperlihatkan penurunan.

Tahun 2012 semestinya akan menjadi salah satu tahun yang menarik untuk dunia sistem mudah-alih, dimana Windows Phone akan turut mula mendapat perhatian dengan peranti Nokia Lumia mula didapati di seluruh negara, selain BlackBerry turut akan memperkenalkan strategi baru mereka, manakala Android dan iOS akan terus bersaing dengan sihat.


Komen ()