Cari @ Amanz

Facebook Timeline Tidak Menyokong Internet Explorer 7

Oleh Aman

Link Copied!

Jikalau pada tahun lepas, banyak web terkemuka mematikan sokongan untuk Internet Explorer 6, pada tahun ini, perkara tersebut sekali lagi berlaku pada pelayar web daripada Microsoft ini, dimana kini Facebook telah pun tidak lagi membawakan sokongan untuk Internet Explorer 7, dan meminta para pengguna menggunakan pelayar web versi baru.

Ia dilaporkan yang mana sokongan Facebook Timeline tidak dapat digunakan pada Internet Explorer 7 dan sebelumnya, dan ia sekadar memperlihatkan profil dalam rekabentuk lama sahaja. Walaubagaimanapun, Facebook tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan dengan sokongan terhadap Internet Explorer 7, sebaliknya hanya meminta pengguna menggunakan pelayar web versi baru sahaja.

Internet Explorer 7 yang dilancarkan sekitar tahun 2006, masih lagi kekal digunakan oleh para pengguna sehingga kini, walaupun penggunaannya masih berkurangan dari hari ke hari.


Komen ()