SaversHub Membantu Mencari Harga Barangan, WiFi Percuma Dan Banyak Lagi

SaversHub Membantu Mencari Harga Barangan, WiFi Percuma Dan Banyak Lagi

Diterbitkan pada Dis 31, 2011 oleh .

Dengan dunia teknologi yang semakin berkembang luas, semestinya anda ingin membuat carian pelbagai perkara terus melalui peranti mudah-alih ataupun melalui desktop anda. Dan untuk menyelesaikan perkara ini, SaversHub disediakan, membolehkan anda membuat carian berkaitan harga barangan, WiFi percuma berdekatan, klinik 24 jam, bank, restoran, hotel dan sebagainya.

Melaluinya, ia menggunakan sokongan geolokasi, membolehkan anda membuat carian harga barangan mahupun lokasi yang berdekatan dengan anda. Carian harga disediakan untuk harga barangan berasaskan lokasi. Selain daripada itu, memandangkan kotak carian pada SaversHub dilengkapi dengan fungsi cadangan perkataan, maka segala carian yang dilakukan adalah mudah.

Selain daripada itu, untuk menambah baik pangkalan data SaversHub, para pengguna boleh turut sama menyumbangkan tenaga, dengan memperbaiki apa yang patut ataupun menambah sebarang perniagaan atau data baru pada laman tersebut.


TIPS & ULASAN