Cari @ Amanz

Google menyambut tahun baru 2011 dengan sedikit perbezaan, dimana logo doodle mereka diperlihatkan menggunakan angka roman, dimana ianya ditulis sebagai MMXI, sekaligus mengingatkan kembali para pengguna internet dengan angka roman. Selain daripada itu, Google juga mendermakan $20 juta untuk badan kebajikan di sekitar seluruh dunia.

Bersempena dengan tahun baru, Google mendermakan lebih $20 juta kepada badan kebajikan seluruh dunia, dimana melaluinya, lebih 50 juta penduduk yang memerlukan bantuan memperolehi faedahnya. Google turut sama mengucapkan terima kasih kepada para pengguna mereka diseluruh dunia, dimana perkara ini tidak dapat dicapai tanpa sokongan para penggunannya.

Google, walaupun sebuah organisasi besar, mereka tetap tidak lupa akan tanggungjawab sosial mereka, dimana mereka menyumbang pelbagai dana dalam bentuk kewangan dan teknologi, selain turut sama menyokong pergerakan sumber terbuka, dan membantu membangunkan pendidikan seluruh dunia. Mungkin ini adalah salah satu sebab mengapa ramai yang masih gemar menggunakan Google sehingga sekarang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd