Carian
KreativeThemes Memperkenalkan Struktur Harga Baru
January 1, 2011 Aman

Setelah mendiamkan diri untuk sementara waktu, kini KreativeThemes mula aktif kembali, dimana mereka mulakan tahun baru 2011 dengan melancarkan rekabentuk laman, selain pada masa yang sama turut memperlihatkan struktur penghargaan yang baru, menjadikan tema mereka mampu dimiliki oleh lebih ramai pengguna bermula pada harga serendah $29.


Rekabentuk Kreative Themes Dulu dan Kini

Sepanjang tahun 2010, walaupun kelihatan tidak berapa aktif, mereka berjaya mencapai pelbagai perkara, dimana sepanjang tahun 2010, lebih 4 tema yang menarik telah dilepaskan, selain mereka menggunakan lesen GPL untuk semua tema mereka seperti yang diminta oleh WordPress. Tahun 2010 juga merupakan salah satu tahun yang amat bermakna buat KreativeThemes kerana berjaya menjadi salah seorang penganjur untuk WordCamp pertama di Malaysia.


Struktu Harga Baru KreativeThemes

Sepanjang tahun 2011, KreativeThemes dijangka akan memperkenalkan lebih banyak tema-tema menarik, serta pelbagai promosi menarik akan diadakan oleh mereka. Pada masa yang sama, tema-tema mereka juga akan mula menyokong pelbagai perkara baru, termasuk sokongan untuk BuddyPress.

Komen